Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil / Coalition for Clean and Fair Elections

Pendaftaran Pengundi d Lembah Klang

September 2nd, 2010 | Posted in Activities, Notice Board | No Comments » | Print This Post Print This Post

Sunway Pyramid
4-5 Sept 2010
10am-10pm

Taman Connaught Pasar Malam (gerai Yip Chee Mei Big Pau)
8 Sept 2010
7:30pm-10:30pm

Station 1 Cafe, Taman Mutiara, Cheras
25 Sept 2010
9pm-11pm

Old Town Cheras (bertentangan Taman Midah)

9 Oct 2010
9pm-11pm

Cheras Leisure Mall

9-10 Oct 2010
10am-2pm

VOTERS’ REGISTRATION CAMPAIGN

August 9th, 2010 | Posted in Notice Board | No Comments » | Print This Post Print This Post

Date: 21-22 August 2010
Time: 10.30am – 9pm
Venue: Digital Mall, Section 14, Petaling Jaya.

Date: 27-29 August 2010
Time: 9.45am – 10pm
Venue: Tropicana City Mall, Petaling Jaya

For further information, please follw the link: http://www.facebook.com/home.php?#!/event.php?eid=125332120846780

PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

July 16th, 2010 | Posted in Activities | No Comments » | Print This Post Print This Post

Acara: Pementasan Teater SHORT EYES

Tarikh: 5-8th Ogos 2010
Masa : 4-6pm
Tempat : PJ Live Arts, Jaya One, Petaling Jaya

Pautan : http://www.facebook.com/profile.php?id=1483130312&v=wall&story_fbid=1526379287764&ref=notif&notif_t=feed_comment#!/event.php?eid=126792327352590

TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

July 16th, 2010 | Posted in Activities | No Comments » | Print This Post Print This Post

Acara: tayangan rakaman PEMENTASAN TANDA

Tarikh: 24th July 2010
Masa : 4-6pm
Tempat : Annexe Gallery, Central Market, Jalan Hang Kasturi, KL

Pautan : http://www.facebook.com/profile.php?id=1483130312&v=wall&story_fbid=1526379287764&ref=notif&notif_t=feed_comment#!/event.php?eid=110929445620031

TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

July 15th, 2010 | Posted in Activities | No Comments » | Print This Post Print This Post

Acara: Movie Screening: THE HANGING OF ATEFEH RAJIBI

Tarikh: 24th July 2010
Masa : 2-4pm
Tempat : Annexe Gallery, Central Market, Jalan Hang Kasturi, KL

Pautan : http://www.facebook.com/?sk=events#!/event.php?eid=131449430223360

TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK PENDAFTARAN PENGUNDI BARU

Pilihanraya Kerajaan Tempatan Di Pulau Pinang

June 2nd, 2010 | Posted in Activities | No Comments » | Print This Post Print This Post

sebanyak 695 orang menjawab soal selidik Kerajaan Pulau Pinang:

Adakah anda menyokong Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan semula? Sila sebar untuk partisipasi rakyat!

http://www.penang.gov.my/index.php?ch=1&pg=187

BERSIH kembali sebagai BERSIH 2.0 – pergerakan pertubuhan masyarakat ke arah reformasi pilihan raya

April 21st, 2010 | Posted in Notice Board | No Comments » | Print This Post Print This Post

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) akan mengadakan sidang media berhubung dengan perkara di atas.

Berikut adalah butiran sidang media:

Tarikh : 22 April 2010 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, No 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
.
Wakil-wakil BERSIH 2.0:
1. YBhg Dato’ Ambiga Sreenevasan (jurucakap)
2. Andrew Khoo (Majlis Peguam)
3. Richard Yeoh (REFSA)
4. Maria Chin Abdullah (Empower)
5. Zaid Kamaruddin (Jemaah Islah Malaysia)
6. Dr Farouk (Islamic Renaissance Front)

BERSIH 2.0 juga akan mengutarakan isu perpindahan 228 pengundi dari Kampung Tanjung, Hulu Selangor ke Selayang dan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab ke atas perkara ini. Ia juga dianggap sebagai satu perampasan kuasa Parlimen oleh SPR.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat Faisal Mustaffa 019-2232002.

Dapatkan Buku Bergambar Sejarah BERSIH Sekarang

June 7th, 2008 | Posted in Notice Board | No Comments » | Print This Post Print This Post

SELAK ialah sebuah persembahan visual yang memaparkan peristiwa yang lebih signifikan yang berlaku semasa kempen BERSIH ke arah reformasi pilihanraya sejak penubuhannya pada 2005. Nama SELAK dipilih kerana kemahuan dalam percetakan ini untuk mendedahkan perkara sebenar perjuangan BERSIH ke arah pendemokrasian.
Continue reading Dapatkan Buku Bergambar Sejarah BERSIH Sekarang »

495 bantahan, SPR tangguh warta daftar pemilih Tanah Merah

September 1st, 2010 | Posted in Media Coverage | No Comments » | Print This Post Print This Post

Oleh G Manimaran (Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengesahan permohonan baru pemilih dan tukar alamat melibatkan bahagian Parlimen Tanah Merah, Kelantan, yang menyaksikan 495 bantahan diterima.

Meskipun SPR mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan 221 bahagian lain hari ini, tetapi ia tidak termasuk permohonan membabitkan Tanah Merah.

“Kami masih belum memproses sebanyak 495 tuntutan yang diterima ketika tempoh pameran antara 20 hingga 26 Julai lalu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said di sini.

Sepanjang tempoh pameran dari 20 hingga 26 Julai, SPR menerima 495 bantahan di bahagian Tanah Merah yang masih belum diselesaikan sehingga kini, menyebabkan 1,004 permohonan baru dan 67 pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi bagi kawasan itu tidak dapat disahkan, kata beliau.

Ketika tempoh pameran kali ini, SPR hanya menerima bantahan membabitkan dua bahagian iaitu Tanah Merah dan Hulu Terengganu, Terengganu.

Zainal Abidin berkata, SPR menerima 20 bantahan di Hulu Terengganu tetapi ia telah diselesaikan.

Selain itu SPR juga menerima 1,801 tuntutan yang melibatkan 48 Bahagian Pilihan Raya Parlimen, di mana kesemuanya telahpun diselesaikan.

“Kesemua bantahan membabitkan alamat tempat tinggal, di mana ada yang mendakwa tidak kena mereka yang memohon mendaftar sebagai pengundi baru dan tukar alamat,” katanya.

Sambil menolak sejumlah bantahan itu sebagai perkara luar biasa, Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima bantahan dalam jumlah yang banyak pada 2007 iaitu sebelum pilihan raya umum 2008.

“Kami menjangkakan bantahan macam ini akan meningkat selepas ini ketika menjelang pilihan raya,” katanya.

Beliau juga menyangkal bantahan itu ada hubung kait dengan ideologi politik.

“Bantahan boleh dibuat oleh orang perseorangan, jadi tidak tahu dari parti mana mereka datang,” katanya.

Kerusi Tanah Merah merupakan salah satu yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Kerusi itu dimenangi oleh wakil PKR Amran Ab Ghani yang menewaskan calon Umno Shaari Hassan dan Asmadi Abu Bakar dari Bebas.

Pada Mac 2008 bahagian itu mempunyai 36,027 pengundi.

Amran menang dengan majoriti 1,584 undi.

Zainal Abidin berkata pihaknya tidak dapat mendengar bantahan sebab pengarah pilihan raya negeri sudah bersara.

“Bantahan ini sudah bersedia untuk didengar… sebaik sahaja pengarah pilihan raya negeri baru dilantik, kami akan mengadakan siasatan awam untuk mendengar setiap bantahan ini,” katanya.

Katanya, setiap bantahan biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri

Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 pemilih berdaftar dinasihatkan membuat semakan maklumat bagi memastikan mereka berdaftar di lokaliti yang betul.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih ataupun menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon.

“Jika keadaan ini berlaku menjelang sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana masa yang singkat,” katanya.

Zainal Abidin berkata sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui Sistem Aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Beliau juga mengharapkan kerjasama waris kepada pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia agar dapat melaporkan kematian berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera bagi membolehkan SPR mengambil tindakan susulan mengeluarkan nama pemilih dari Daftar Pemilih.

Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di sini atau kaunter di Pejabat Pilihan Raya Negeri, bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang berdekatan dengan kediaman, katanya.

Kini jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara meningkat kepada 11,381,193 orang dengan pewartaan daftar pemilih tambahan suku kedua tahun ini yang mengandungi 191,970 pemilih.

Daftar tambahan ini melibatkan tempoh 1 April hingga 30 Jun itu terdiri daripada 164,821 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR: Jumlah pemilih berdaftar naik 11.4 juta

September 1st, 2010 | Posted in Media Coverage | No Comments » | Print This Post Print This Post

Malaysiakini

Jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara kini meningkat kepada 11,381,193 orang dengan pewartaan daftar pemilih tambahan (DPT) suku kedua tahun ini yang mengandungi 191,970 pemilih, hari ini.

Pengerusi jawatankuasa panel pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Zainal Abidin Mat Said berkata DPT bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun itu terdiri daripada 164,821 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

“Dalam masa yang sama SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 orang pemilih daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Zainal Abidin berkata bagi DPT suku pertama tahun ini, seramai 157,327 pemilih telah didaftarkan dengan 134,298 daripad adalah pemilih baru manakala 23,029 merupakan permohonan pertukaran pusat mengundi, menjadikan jumlah pemilih berdaftar pada ketika itu adalah 11,247,525 orang.

Beliau berkata pendaftaran pemilih pada tahun ini juga mencatatkan peningkatan mendadak daripada tahun lalu, yang mencatat purata 85,000 pemilih pada setiap suku.

Dengan itu, jumlah pemilih yang layak tapi masih belum berdaftar kini berjumlah 2,241,565 orang dan SPR akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan kadar itu kepada sekurang-kurangnya 50 peratus, katanya.

Zainal Abidin berkata sepanjang tempoh pameran DPT itu dari 20 hingga 26 Julai, SPR menerima 495 bantahan daripada Bahagian Parlimen P27 Tanah Merah, Kelantan, yang masih belum diselesaikan sehingga kini, menyebabkan 1,004 permohonan baru dan 67 pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi bagi kawasan itu tidak dapat disahkan.

Beliau berkata SPR juga menerima 20 bantahan di Bahagian Parlimen P38 Hulu Terengganu, Terengganu, selain 1,801 tuntutan yang melibatkan 48 Bahagian Pilihan Raya Parlimen, di mana semuanya telahpun diselesaikan.

“Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT Suku Kedua ini boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di sini dan sebarang pertanyaan berkaitan hal ini bolehlah dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 6500 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri,” katanya.

Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Zainal Abidin berkata pemilih berdaftar dinasihatkan membuat semakan maklumat bagi memastikan mereka berdaftar di lokaliti yang betul.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih ataupun menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon.

“Jika keadaan ini berlaku menjelang sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana masa yang singkat,” katanya.

Zainal Abidin berkata sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui Sistem Aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Beliau juga mengharapkan kerjasama waris kepada pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia agar dapat melaporkan kematian berkenaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan segera bagi membolehkan SPR mengambil tindakan susulan mengeluarkan nama pemilih dari Daftar Pemilih.

Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di sini atau kaunter di Pejabat Pilihan Raya Negeri, bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang berdekatan dengan kediaman, katanya.

- Bernama